GAYA KUAK DADA
I. GAYA KUAK DADA
Kuak dada ialah gaya yang terawal daripada gaya-gaya lain. Gaya ini selalunya diguna pakai oleh penyelamat renang semasa menyelamatkan mangsa. Selain itu gaya ini mudah dipelajari dan sesuai untuk aktiviti rekreasi.
Gaya ini dapat merehatkan tubuh badan kita, kerana gaya ini tidak memerlukan kita untuk menggunakan banyak tenaga sebaliknya menggunakan teknik yang betul dan membuatkan kita meluncur laju ketika di dalam air.
KAEDAH PENGAJARAN RENANG GAYA KUAK DADA
1.Sebelum memulakan kuakan air, pelajar terapung pada kedudukan meniarap yang mendatar dan kemas, bahu selari dengan permukaan air.
2.Kepala perlu selari dengan badan serta memandang ke depan atau berat hanya sedikit di bawah paras air.
3.Dekatkan serta panjangkan tangan dalam air, kaki di belakang lurus dan rapat.
4.Kuakan bermula dengan menarik tangan ke luar, ke belakang dan ke bawah ke titik hampir dengan bahagian depan bahu.
5.Kaki dikekalkan pada keadaan lurus dan rapat di belakang.
6.Tangan yang berada di depan pada paras bahu mula di gerakkan dalam bentuk bulatan, siku hampir dengan badan bersedia untuk melakukan pemulihan atau kembali ke kedudukan awal yang membawa tangan ke depan badan bagi gerakan tangan selanjutnya.
7.Pada ketika ini, perenang biasanya menarik nafas kerana mulut bebas daripada air.
8.Semasa pemulihan, tangan dipanjangkan ke depan sama ada di atas permukaan air atau sedikit sahaja di bawah permukaan air.
9.Pada masa yang sama, kaki digerakkan ke punggung, sisi paha dijarakkan,ibu jari kaki menghala ke belakang sementara lutut jauh daripada garisan sisi paha.
10.Semasa gerakan tangan untuk pemulihan atau kembali ke posisi asal hampir selesai, tapak kaki digerakkan ke luar sedikit dan kaki menendang kuat ke belakang dan ke luar sedikit semasa melakukan pergerakan pecutan.
11.Tumit kaki harus memulakan pergerakan.
12. Pergerakan kaki menendang ke belakang seperti katak selesai apabila kaki membuat suatu laluan yang membengkok disudahi dengan gerakan meluru.
13. Kaki menamatkan tendangan dengan ibu jari kaki menunding ke belakang dan meluncur dalam keadaan kemas serta bersedia untuk pusingan kuak seterusnya.